24 July 2011

Meatball spaghetti

Meatball
500g daging kisar
1 sudu teh serbuk bawang
1 sudu teh serbuk putih
1/2 sudu teh black pepper kasar
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh thyme flakes
garam secukup rasa

Campurkan semua bahan hingga sebati.Simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Sebelum memulakan proses membentuk meatball,lumurkan tapak tangan dengan sedikit
minyak.Ambil lebih kurang satu sudu besar adunan meatball dan bentukan bulat dan padat.
Kemudianletakkan di atas bekas yang telah ditabur tepung atau dialas foil paper.Setelah
itu simpan semula ke dalam peti sejuk untuk 1/2 jam lagi.Selepas itu anda boleh memasaknya
samada dibakar dalam oven atau direbus dan kemudian digoreng.

Sos spaghetti
500g Ramly minced meat
2 biji tomato-buang biji cincang
5 cendawan butang -hiris
1/2 biji bawang- cincang
2 biji bawang putih-cincang
1 helai daun salam(bay leave)
1 kiub daging knorr
250 ml stok daging(air rebusan)
2 sudu makan tomato puree
1/2 botol kecil sos tomato(Maggi Nestle)
1 sudu makan butter
1sudu makan tepung gandum
3 sudu makan keju parut cheddar(Emborg)
garam dan lada sulah secukup rasa

Butter,bawang besar dan bawang putih di masukan ke dalam saucepan,kemudian diletakkan
di atas api.Kacau hingga bawang layu(jangan garing),masukkan tomato dan kemudian masukkan
daging.Bila daging telah bertukar warna taburkan tepung dan kacau sebati.Kecilkan api.Masukkan tomato puree,sos tomato,daun salam ,stok dan kiub daging.Kacau sos dan besarkan api semula dan
didih hingga sos hampir pekat.Masukkan garam secukup rasa dan keju parut.Padamkan api dan kacau sebati.Akhir sekali masukkan  beberapa biji meatball ke dalam sos.Hidangkan dengan spaghetti(no.3)
dan tabur keju parmesan (pastikan yang halal)di atasnya.

Selamat mencuba..
Sumber resepi:Kafe Azanaz Kelana Jaya

3 comments:

  1. salam, tumpang tny, resepi nih tuk berapa ramai org makan?
    spagetti sepeket ke?

    ReplyDelete
  2. Salam Dyja,resepi ni utk lebih kurang 6 orang- makan.ye spagetti sepeket..
    Selamat Mencuba!

    ReplyDelete
  3. Salam all

    Betul kata Ummu Azahariah.

    ReplyDelete