23 May 2012

KEK LAPIS


Bahan

525 gm mentega
500 gm gula halus
200 gm tepung gandum
1½ sudu teh baking powder
½ tin susu pekat
18 biji telur
3 sudu mkn serbuk kayu manis atau rempah kek lapis
2 sudu kecil pati vanilla

Cara

Tepung gandum dan baking power diayak bersama sebanyak 3 kali dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur.Putih telur dan gula dipukul bersama sehingga menjadi meringue.Didalam mangkuk lain pukul butter,vanilla  sehingga putih dan masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.Pukul hingga kembang.Kemudian disatukan kedua-dua bahan.Masukkan tepung ke dalam adunan mentega,diikuti dgn susu pekat. Pukul sebati lebih kurang 2 min lagi pada kelajuan medium.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dicampurkan dengan rempah dan kacau sebati
Tuang 1½ senduk adunan  ke dalam acuan yang telah disapukan mentega dan dibakar mengunakan api atas dan bawah. Bila lapisan pertama telah masak(perang)  tuang pula adunan berempah diatasnya  iaitu 1½ senduk adunan.Ulangi proses yang sama sehingga selesai.

*Balut dgn kertas minyak atau foil.





No comments:

Post a Comment