Bahan-bahan:
15 ulas bawang kecil - hiris halus
2 biji buah tomato - potong enam
2 paket suhun - dicelur
5 biji cili padi - tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun ketumbar - hiris
2 batang serai - hiris
50 gm udang basah - buang kulitnya
2 ekor sotong - saiz besar dan potong bulat
10 biji fishball-potong empat
5 biji limau nipis - perah airnya
2 sudu besar kicap nampla/sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus fishball,udang dan sotong hingga masak. (Anda boleh menyimpan air rebusannya untuk dijadikan stok).
2. Suhun yang telah dicelur dicampurkan dengan bahan-bahan di atas. Gaul hingga rata. Sekiranya terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan tadi.
3. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dijamu bersama nasi putih dan hidangan lain.
No comments:
Post a Comment